Belum Menjadi Ahli?

Menu Utama

Carian

Advanced Search

Login
Username:

Password:

Lost Password?

Register now!

Loading

SusuIbu.Com Forum Index
Forum Kumpulan Ibu-ibu
Masalah anak mengamuk
Register To Post

Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic | Bottom
Poster Thread
mama_kina
Posted on: 2007/5/18 9:16
Rakan Rujuk
Joined: 2006/5/5
From: Bandar Baru Bangi
Posts: 1073
Masalah anak mengamuk
Saya jumpa artikel ni kat BH, saya pun ada masalah dgn anak2...kdg tu rasa susahnya memahami anak2.

Panduan ibu bapa bendung masalah anak mengamuk

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang aktif dan cerdik. Masalahnya sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi dan ada ketikanya dia membaling apa saja yang ada dalam genggamannya, merebahkan diri ke lantai serta pernah juga dia cuba memukul saya.

Seperkara lagi, jika anak saya menangis, dia akan terus menangis sehingga saya datang memujuknya. Dia juga sekarang menjadi seorang yang penakut. Saya risau jika perangainya berlarutan hingga besar.

Ibu Risau,
Kuala Lumpur.

PAKAR kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Kanak-kanak peringkat itu juga akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan ‘jangan’.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangannya.

Disertakan beberapa panduan bagaimana menghadapi anak yang suka mengamuk. Harap membantu. Juga boleh layari www.rentis.blogspot.com untuk penulisan saya yang lain berkaitan kanak-kanak.

Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:

l Mengalih perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.

Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

l Tenang menghadapi kerenah anak. Bacakan untuk diri anda surah al-Inshirah untuk menenangkan diri. Berdoalah dalam hati supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoalah untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.

Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

l Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A book of child care, memberikan seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton. Saya dapati panduan ini mujarab untuk anak saya dan kebanyakan anak di Taska. Jadi, jika anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

l Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.

l Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

Beberapa bulan lalu, anak lelaki kecil saya mula mengamuk apabila kehendak hatinya tidak dituruti. Saya ambil pendekatan tidak peduli. Selepas dua tiga kali, dia tidak mengamuk lagi.

Apabila buat tidak tahu dia akan berhenti mengamuk. Selepas itu dia cuba menarik perhatian dan apabila anak saya sudah berusaha, barulah saya memeluk, berbincang dan dia akan kembali tenang.

aiza_dania
Posted on: 2007/5/18 9:22
Rakan Arif
Joined: 2006/10/12
From: Segamat, Johor
Posts: 768
Re: Masalah anak mengamuk
tq mama_kina... hannah lom sampai setahun tapi dah menunjukkan sifat2 mengamuk. dia akan hentak kaki kalo tak dpt suatu benda yg dia mahu. mmg kena banyak bersabo nak handle budak2 mcm nie...

[url=http://www.aizadania.blogspot.com]Saja...

girlsilver
Posted on: 2007/5/18 13:01
Rakan Arif
Joined: 2006/9/14
From: Shah Alam
Posts: 625
Re: Masalah anak mengamuk
anak yatie kalu mengamuk...xpadan ngan kecik,zaim kalu mengamuk dia meniarap smbil hentak kaki n tangan dia kt lantai, pastu jerit2...mn tah dpt ilmu...

3_dara_SA
Posted on: 2009/10/20 16:19
Kenalan Baru
Joined: 2005/12/1
From:
Posts: 92
Re: Masalah anak mengamuk
salam huhh..lama benar saya tidak melayari web ini...bila teringat ragam anak yang bungsu saya terpanggil untuk mendapat pandangan dari kekawan web .Anak saya yang bungsu sudah pun berumur 4 tahun. memandangkan kami bekerja dari kecil memang saya dah menghantar ke Taska, tapi yg membinggungkan saya masalah dia bila waktu menghantar ke Taska setiap pagi dia pasti kata tidak mahu kesekolah (Taska) sanggup tinggal dirumah seorang diri yang tak bestnya menjerit2, meronta2. Kami suamiisteri terpaksa memujuk & melayani kerenah eg : kekedai beli mainanke, air ke, mcm-mcm ...adalah setengah jam habis masa memujuk beliau...kadang2 dia meragam sampai meludah2...kdg2 malu dgn kekawan yang kebetulan dtg kerumah waktu tu lak dia mengamuk bangun tidur jer...pening...saya ada juga berjumpa dgn pengusaha taska tersebut & guru disitu...diaorg kata pagi mmg mood dia x baik tapi bila petang dia ok(anak saya).
pertanyaanya saya : Adakah sampai hati nak meninggalkan anak dlm keadaan menangis.. rasa mcm nak berhenti kerja jer...

Minta pandangan.

TK ya
:lol:

mummyaina
Posted on: 2009/10/20 16:24
Kenalan Baru
Joined: 2007/6/12
From:
Posts: 74
Re: Masalah anak mengamuk
Haaa..patut pun anak dara saya yg nak masuk 3 thn tu terus jadik baik bila tengok saya buat2 menangis..langsung tak jadik mengamuk..hmmm..

wardah07
Posted on: 2009/10/20 23:45
Kenalan Baru
Joined: 2009/8/6
From:
Posts: 18
Re: Masalah anak mengamuk
Quote:

3_dara_SA wrote:
salam huhh..lama benar saya tidak melayari web ini...bila teringat ragam anak yang bungsu saya terpanggil untuk mendapat pandangan dari kekawan web .Anak saya yang bungsu sudah pun berumur 4 tahun. memandangkan kami bekerja dari kecil memang saya dah menghantar ke Taska, tapi yg membinggungkan saya masalah dia bila waktu menghantar ke Taska setiap pagi dia pasti kata tidak mahu kesekolah (Taska) sanggup tinggal dirumah seorang diri yang tak bestnya menjerit2, meronta2. Kami suamiisteri terpaksa memujuk & melayani kerenah eg : kekedai beli mainanke, air ke, mcm-mcm ...adalah setengah jam habis masa memujuk beliau...kadang2 dia meragam sampai meludah2...kdg2 malu dgn kekawan yang kebetulan dtg kerumah waktu tu lak dia mengamuk bangun tidur jer...pening...saya ada juga berjumpa dgn pengusaha taska tersebut & guru disitu...diaorg kata pagi mmg mood dia x baik tapi bila petang dia ok(anak saya).
pertanyaanya saya : Adakah sampai hati nak meninggalkan anak dlm keadaan menangis.. rasa mcm nak berhenti kerja jer...

Minta pandangan.

TK ya

kdg2 anak minta perhatian. anak2 mahu ibunya sentiasa bersamanya. anak2 berasa lebih selamat jika ibu yg bersama nya. sejak saya berhenti kerja anak2 saya dah takde mengamuk lagi.... anak2 saya lebih tenang dan cool serta senang mendengar kata... kalau dulu suka memberontak..
mmg berat hati nak tinggalkan keje tp kita kena faham tugas dan fungsi seorang wanita yg bergelar ibu.. tugas seorang ibu bukanlah utk mencari nafkah tp utk membangunkan anak2 nya hingga menjadi manusia berguna bermula dari mendidiknya dari alam rahim lagi...
norhafiza
Posted on: 2009/10/21 9:55
Rakan Karib
Joined: 2009/5/16
From:
Posts: 184
Re: Masalah anak mengamuk
buat wardah07,

murninya pengorbanan awak...bukan mudah sebenarnya untuk membuat keputusan itu tapi awak telah lakukannya...moga anak-anak awak nanti bakal menjadi hamba ALLAH yang taat sekaligus menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...aamiiin.

buat 3_dara_SA,

hmm...saya ni bukanlah orang yang layak pun untuk memberikan pandangan, tapi terasa nak berkongsi jugak ni...cuba kita kaji, kenapa anak-anak sebegitu menunjukkan "protes" tiap kali bila ingin dihantar ke Taska?

1) mungkin dia tidak / kurang mendapat perhatian @ kasih sayang di Taska sebagaimana yang dia telah dapat di rumah

2) mungkin dia terlalu dimanjakan di rumah kerana itulah dia "berani" mempamerkan protes secara "terang-terangan dan besar-besaran"

3) mungkin dia tidak selesa dengan kawan-kawan atau guru-guru atau persekitaran di Taska

Untuk kemungkinan no 1, rasanya kaedah psikologi sangat berkesan untuk "melembutkannya"...saya punya sedikit pengalaman meng'handle' anak-anak sebegitu dan alhamdulillah dengan kaedah pujukan / cabaran secara psikologi, anak itu sudah ingin ke Taska. contoh pendekatan yang saya gunakan adalah dengan menceritakan (menglipur lara kan) kisah seseorang yang dicipta seusia dan sewatak dengannya...kemudian dicipta jalan penceritaan itu dengan penuh berhikmah (akibat dan kejayaan) sehingga akhirnya mendorong anak itu termotivasi dengan sendiri untuk ke Taska. Tapi kita sebagai tukang cerita kenalah kreatif dan berhikmah.

Kalau untuk kemungkinan no 2, ianya memerlukan kaedah pemulihan yang memakan masa kerana ianya adalah kesan dari cara didikan kita yang mungkin tersilap. keterlaluan dalam memanjakan anak akan menyebabkan anak itu dengan selesa dan beraninya melawan dan menzahirkan protesnya secara terang-terangan kepada kita. Pendidikan secara Islam adalah kaedah yang terbaik untuk dipraktikkan. banyakkan menelaah cara pendidikan anak-anak sebagaimana yang telah digariskan Islam untuk diaplikasikan kepada anak-anak. boleh baca sedikit perkongsian di SINI.

Dan kalau untuk kebarangkalian no 3, mungkin boleh diusahakan untuk penukaran Taska yang lain barangkali.

O ye hampir terlupa, oleh kerana anak puan sudah pun berumur 4 tahun, jadi rasanya puan boleh juga cuba berbincang dengannya secara baik-baik di waktu moodnya tengah elok kenapa dia tidak ingin ke Taska. Dan langkah seterusnya boleh diambil dari "laporannya" itu.

Tapi pastinyalah, mendidik anak dengan sendiri di rumah tanpa perlu menghantarnya ke Taska adalah yang lebih baik kerana itulah yang diajar oleh Islam. Tetapi kerana faktor dunia hari ini yang telah mengalami "kekacauan" yang sangat dasyat kepada fitrah kemanusiaan, sangat susahla untuk kita meloloskan diri dari "kekacauan" itu kecuali kita diberikan-NYA kekuatan dan keyakinan yang tinggi. wallahu'alam.
wardah07
Posted on: 2009/10/21 10:09
Kenalan Baru
Joined: 2009/8/6
From:
Posts: 18
Re: Masalah anak mengamuk
Quote:

norhafiza wrote:
/>Tapi pastinyalah, mendidik anak dengan sendiri di rumah tanpa perlu menghantarnya ke Taska adalah yang lebih baik kerana itulah yang diajar oleh Islam. Tetapi kerana faktor dunia hari ini yang telah mengalami "kekacauan" yang sangat dasyat kepada fitrah kemanusiaan, sangat susahla untuk kita meloloskan diri dari "kekacauan" itu kecuali kita diberikan-NYA kekuatan dan keyakinan yang tinggi. wallahu'alam.

saya tertarik dgn ayat yg ni... mmg saya dah lama terfikir pasal ni... keharmonian hidup hari ni sudah diganggu dgn dasyatnya oleh makhluk jahat dari Barat . Perkara yg tdk sepatutnya lalu kita org Islam menganggapnya satu perkara biasa. Antara yg dapat saya simpulkan di sini ialah:
1. wanita wajib berkerjaya
2. lelaki boleh menjadi surirumah sementara isteri berkerja
3. makanan berisiko dianggap baik dan berprestij spt KFC, McDonalds dll
4. Racun serangga yg diguna utk sayuran
dan bnyk lagi....

sedangkan kalau kita betul2 mendalami Islam serta memahami setiap bait2 ayat al_Qur'an dan Hadis, kita sbnrnya bnyk melakukan larangan Allah SWT...
cth yg paling dekat ialah wanita tdk dpt memahami fitrah kejadiannya. dia keliru...
norhafiza
Posted on: 2009/10/21 10:43
Rakan Karib
Joined: 2009/5/16
From:
Posts: 184
Re: Masalah anak mengamuk
Quote:
wardah07 wrote:
cth yg paling dekat ialah wanita tdk dpt memahami fitrah kejadiannya. dia keliru...

pada pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup sendiri, persekitaran dan pengaruhnyalah yang membuatkan ramai di antara kita tersalah menafsirkan erti fitrah itu. Benar, Baratlah yang banyak mempengaruhi cara kita berfikir sekarang ini kerana hampir banyak perkara sekarang ini semuanya didominasi oleh Barat. Sedangkan mereka yang dididik sedari kecil dengan pendidikan agama sehingga besar juga ramai yang tidak mampu meloloskan diri dari cengkaman pengaruh Barat tidak kiralah dari segi gaya hidup, pemakanan mahupun sekadar mentaliti pemikiran, maka apatah lagi mereka yang sememangnya dibesarkan di bawah persekitaran pengaruh Barat..?

tapi yang membuatkan saya teruja adalah apabila membaca luahan-luahan rasa ramai ibu-ibu di SI ini yang menyatakan sekiranya suami mereka mampu, mereka teringin sekali untuk berhenti kerja kerana ingin fokus pada pendidikan anak-anak dan keluarga di rumah. itulah naluri dan fitrah kewanitaan seorang insan bergelar isteri dan ibu...jika tidak, tidak berkumpullah ramai ibu-ibu di sini dengan niat yang satu lagi suci dan murni iaitu penyusuan susu ibu...bersyukurlah kepada ALLAH kerana masih mengurniakan kita naluri dan fitrah yang satu ini...kerana berapa ramai wanita di luar sana yang telah terhakis malah ada yang sudah kosong naluri dan fitrah ini...

sebab itulah saya sangat sayang pada kawan-kawan di susuibu.com ini kerana kita berjuang pada naluri dan fitrah yang sama... :)

sesungguhnya ALLAH memandang pada niat kita...walau cengkaman persekitaran membuatkan kita tidak mampu untuk menghasilkan yang terbaik, tapi percayalah setiap usaha kita untuk cuba juga melakukan yang terbaik pasti mendapat perhatian dari-NYA...perhatian dan penghargaan dari siapakah lagi yang kita dambakan kalau bukan dari DIA Yang Maha Pengasih? :). wallahu'alam.
iena03
Posted on: 2009/10/21 10:49
Rakan Setia
Joined: 2007/10/30
From: melaka
Posts: 323
Re: Masalah anak mengamuk
to norhafiza

tima kasih atas saranan yg awk list kan..saya akn cuba pratik untuk ank2 saya nnti..wlpun 1st bujang saya kategori belum teruk lagi ragam nye...tpi sesekali die tunjuk gak amukan nye...

betul la..mereka nk mama mereka beri kan perhatian utk mereka yg masih kecil lgi...

posting dr norhafiza buat saya tpikr sejenak.... peranan kite sbagai seorang ibu dalam mendidik ank2...

(1) 2 3 4 5 »
Threaded | Newest First Previous Topic | Next Topic | Top

Register To Post

Online Shopping

Online Shopping!!Visit us today!

Siapa di Sini
25 user(s) are online (12 user(s) are browsing Forum)

Members: 1
Guests: 24

ayiessa, more...

Members Baru
aar0n 2010/9/3
zura2961 2010/9/2
mistarabas 2010/9/2
lotuz 2010/9/2
ismee 2010/9/2
ainulnaim 2010/9/2
maziha7147 2010/9/2
harikasy 2010/9/2
ain_aa 2010/9/2
farisirfan 2010/9/2