Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
39 user(s) are online (33 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 39

more...

Members Baru
IFurnell 2014/4/22
yazmin1725 2014/4/22
farayassir 2014/4/22
MHenderso 2014/4/20
HAngela 2014/4/20
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 »


Demam Kuning
#1
Kenalan Baru
Info
Assalamualaikum...saya perlukan info mengenai jaundice.yg saya tahu selalunya baby leh dapat jaundice 2 @ 3 hr after disb.mcm mana nak cari ubat utk jaundice?ubat farmasi @ ubat tradisional?mana yg bagus.selain dr itu..ada tak cara atau petua macam mana nak elakkan jaundice semasa dr hamil lg.sbb ada my frenz cakap soh makan sengkuang cina?emmm yer ker...? kompius la

Posted on: 2008/3/31 12:22
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#2
Rakan Karib
Info
zamzarina,
klo pegi klinik kesihatan utk bb jaundis, nurse akan tanya beberapa soalan:
1. bf / fm?

klo u jwb bf, soalan seterusnya ialah:
1. ada mkn jamu/air kunyit/air halia?

*utk pgetahuan, jamu/air kunyit/air halia akan myebabkn bb yg bf eksklusif mdapat jaundis.

seterusnya nurse akan nasihatkan supaya teruskan bf (sekiranya anda bf), make sure anak tak tido lama waktu siang. klo dia tdo, kejutkan dia utk minum susu sekurang2nya 3jam sekali. ini utk memastikan bb buang air besar/kecil dgn byk utk mgurangkn dan seterusnya mhilangkan jaundis. galakkan dia myusu sekerap mungkin.

seterusnya nurse akan cakap:
1. jgn jemur bb
2. jgn bg bb mandi air senseh (ubat beli dr kedai cina)
3. jgn bg minum susu kambing


Posted on: 2008/3/31 12:34
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#3
Kenalan Baru
Info
tak sure le apa puncanya demam kuning...kalau tak silap dalam majalah pa&ma ada bincang pasal benda ni...tapi, tak ingat keluaran bila..as for me, saya mmg bagi anak minum susu kambing..alhamdulillah ok..anak sulung 9.2mg then kami bagi minum susu kambing..doc situ yg suruh..anak 2 bagi awal2 lagi..alhamdulillah tak jadi..anak 3 ni 9.8mg kami bagi makan susu kambing..so far, alhamdulillah ok..lagi satu diorg pesan, letak dia kat panas pagi- lebih kurang dalam sekitar pukul 7-8 pagi..tak tau la pulak kalu tak betul, tapi tu lah yg doc n nurses kat situ cadang n alhamdulillah ok..

Posted on: 2008/3/31 14:10
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#4
Rakan Setia
Info
Sedang saya mencari info tentang beberapa perkara, terbaca satu artikel yang ditulis oleh seseorang tentang demam kuning. Menarik dan sekurang-kurangnya bertambah ilmu kita tentang demam kuning....

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -

Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
Keturunan.

Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-


Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


Posted on: 2008/3/31 14:17
_________________
Catatan perjalanan penyusuanku
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#5
Rakan Arif
Info
o..ader ek petua masa hamil...tk tau la pulak.

Posted on: 2008/3/31 18:23
_________________
Original ImageOriginal Image [url=http://lilypie.com]Original ImageOriginal Image[...
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#6
Kenalan Baru
Info
ada....my frenz cakap makan sengkuang cina.tapi susah nak cari benda tu.
ada jugak air tin keluaran season kalau tak silap.air sengkuang cina.yg tu pun susah nak cari.

Posted on: 2008/4/1 8:26
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#7
Rakan Karib
Info
Amalkan makan kurma semasa hamil pn bagus gak utk elakkan kuning pada baby... Wallahhua'lam

Posted on: 2008/4/1 9:12
_________________
Tingkatkan ilmu mahirkan diri...
http://www.flickr.com/photos/zailanmohamad
http://penaummi.blogspot.com/
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#8
Kenalan Baru
Info
emm..petua utk elak bby jaundice mase hamil nie i dpt drpd sepupu i..
dia amalkan pil susu kambing keluaran cosway during her third trimester sampai dlm pantang..
rasenye berkesan sbb anak dia jaundice sikit and sehari jer..

Posted on: 2008/4/1 15:12
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#9
Rakan Setia
Info
I dulu my son jaundice teruk jugak, mainly because of blood incompatibility. I darah O, dia darah A. Igtkan nak kasi minum susu kambing, but our paed at that time tak kasi.

She said that pernah ada satu kes, parents kasi susu kambing kat anak derang for jaundice. Then they found out that lining usus baby tu jadi nipis. Kesian baby tu kena puasa beberapa hari tu clear the system and make sure usus tak rupture.

Allahua'lam...maybe ok for some, not ok for others.

Posted on: 2008/4/2 12:44
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Demam Kuning
#10
Rakan Rujuk
Info
susuibu is the best cure for jaundice... nothing else can beat that.

Posted on: 2008/4/2 14:09
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image