Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
26 user(s) are online (11 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 26

more...

Members Baru
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14
DAckman 2014/4/13


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 »


Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#1
Rakan Arif
Info

Saya sedang mengandung anak sulung dan dijangka bersalin dalam masa kurang 2 minggu lagi.
Dalam tempoh berpantang nanti, saya akan tinggal di rumah mertua.Lagipun beliau memang buat jamu,param,pilis dan urut wanita lepas bersalin. Memang beruntung la saya.
Beliau mmg sgt menitikberatkan soal pemakanan semasa berpantang.Menurut ibu mertua saya, semasa berpantang nnt tak boleh makan sayur sgt dan minum air banyak demi menjaga peranakan. Saya tau ini pasti menyebabkan perut tak lawas. Beliau juga kata biasanya hari kesepuluh baru buang air besar. Keadaan ini menggusarkan saya kerana saya terfikir bagaimana dengan pengeluaran susu badan saya kelak. Harap rakan-rakan dpt berkongsi pengalaman menyusu badan ketika berpantang.

Posted on: 2005/7/12 19:30
_________________
Blogku
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#2
Webmaster
Info
Puan Alin,
Sememangnya apabila berpantang di rumah mertua, bagi sesetengah ibu baru akan menghadapi cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi jika cara berpantang tersebut melarang pengambilan makanan atau minuman berkhasiat yang sesuai untuk ibu menyusu. Antara cabaran yang bakal dihadapi adalah:

1. Sesetengah orang tua atau penjaga semasa berpantang tidak menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu. Ini kerana sesetengah cara berpantang tradisional yang biasa diamalkan hanya menitik beratkan penjagaan tubuh ibu (yang biasanya dinilai dari luaran) tanpa mengambil kira terhadap kesan proses penyusuan bayi. Oleh itu, cuba pastikan pendirian mereka terhadap isu ini. Jika beliau memang arif tentang penyusuan susu ibu dan akan memastikan anak yang bakal dilahirkan nanti dapat disusukan dengan susu ibu sepenuhnya, tidak mengapa untuk mengikut cara berpantangnya. InsyaAllah petua-petua yang akan diberikan boleh membantu menjaga kesihatan ibu dan bayi. Tetapi jika puan mendapati beliau tidak berapa kisah terhadap isu ini, puan perlu bertindak mengikut keperluan. Contohnya, mengambil air minuman tambahan secara sembunyi(tanpa perlu menyinggung perasaan sesiapa). Dalam masa yang sama cuba beritahu secara halus tentang hasrat penyusuan eksklusif yang ingin dicapai.

2. Sesetengah suami tidak memahami sepenuhnya tentang kepentingan penyusuan susu ibu. Kadangkala apabila ibu baru menghadapi masalah atau kesukaran untuk menyusukan bayi diperingkat awal, beliau tidak dapat mempertahankan hasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan mudah menerima cadangan untuk diberi susu campuran (bersama susu formula). Ini pasti menjejaskan pengeluaran susu ibu. Jika suami puan memahami sepenuhnya tentang penyusuan susu ibu, minta bantuan beliau untuk mempertahankan hasrat puan dan membantu membekalkan makanan yang sesuai untuk ibu yang sedang menyusukan bayi. Dapatkan tips bagaimana untuk menambahkan bekalan susu dan sebagainya.

3. Ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi, sering terpaksa akur terhadap pelbagai tips yang diberikan oleh pelbagai pihak. Adalah penting untuk ibu muda membuat persediaan mental dan pembacaan secukupnya bagi menghadapi situasi begini. Kebanyakan ibu baru yang berjaya menyusukan bayi mereka sepenuhnya adalah mereka yang berjaya menepis segala cadangan yang boleh menyukarkan penyusuan susu ibu dan meneruskan teknik yang telah dipelajari sejak dari masa mengandung lagi. Contoh tips yang sering diberi kepada ibu baru: "Ajarlah anak tu menyusu botol (dengan susu formula) nanti nak mula kerja susah." Ini kerana kebanyakan orang tua kita tidak mengetahui kewujudan teknik menyimpanan susu ibu dan keupayaan dan kejayaan ramai ibu berkejaya meneruskan penyusuan tanpa sebarang masalah. Adalah tanggungjawab kita untuk menerangkan keadaan yang sebenar.

Walau apapun, pastikan apabila hendak menepis atau menolak cadangan (yang dirasakan tidak membantu proses penyusuan), puan tidak menyinggung perasaan orang tua. Seperkara lagi, hadapi setiap situasi ini dengan tenang. Ketenangan dapat membantu ibu yang baru belajar menyusu. Jika menghadapi kesukaran untuk memberikan pendapat atau menghadapi situasi sukar, minta bantuan pakar seperti kaunselor laktasi untuk menerangkan lebih lanjut kepada orang tua. Biasanya, mereka akan lebih mudah menerima pandangan dari pihak ketiga. Memang sukar untuk dilakukan, tetapi percayalah jika kena caranya, insyaAllah puan pasti berjaya!

Selamat menimang cahaya mata dan percayalah hanya susu ibu makanan utama dan terbaik untuk bayi anda!

Posted on: 2005/7/13 0:03
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#3
Anonymous-Anonymous
salam
sudi apalah kiranya saya berkongsi pengalaman dgn puan. saya juga ibu yang baru sahaja menerima cahaya mata sulong. saya berpantang dirumah mertua. syukurlah mertua tidak terlalu ketat dgn pantang larang hingga tak boleh minum air (seperti kawan saya yg cuma diberi segelas air sahaja sehari). malahan memberi galakan utk mengambil makanan berkhasiat dan manis2 pula utk membanyakkan susu badan.

utk pengetahuan puan. memang kita begitu memerlukan air dan makanan berserat seperti sayur2an bagi melawaskan pembuangan air besar. kalau tidak sembelit, saya sendiri dah mengalami hal ini sbb masa tu anak ditahan di wad, jadi kita kurang beri perhatian pada makanan, effectnya hingga sekarang ni, hingga habis waktu pantang. saya tak pernah sembelit, masa dalam pantang mengalaminya, tak tahu mcmana nak cerita. saya nasihatkan puan, makanlah banyak sayur atau ulam2 (dipercayai pucuk bebuas membantu utk menambah susu badan, mintak tolong dgn org tua utk carikan, pucuk ulam ni seakan2 daun bunga raya ttp ada bau yg unik), rebus2 pun tak apa, buat seperti ulam, rebus sawi atau ulam2an, saya rasa hal ni mungkin boleh diterima mertua puan. Ttg hal air tu, terpaksa la sorok2 kalau ada tentangan. maklumlah orang tua kadang2 dia rasakan dia lebih tahu walhal perkara tersbt memberi kesan pada kita samaada pengeluaran susu atau pun masaalah pembuangan air. cubalah beli air kotak seperti susu coklat atau apa2 saja minuman dan buat stok supaya tak putus. kalau terpaksa sorok2 pun nak buat macammana. selain tu puan boleh ambil makanan tambahan seperti spirulina utk banyakkan susu.

saya setuju dgn apa yg mama ceritakan di atas. kebanyakkannya saya telah alami. macam2 cadangan kita akan dengar regarding susu ibu ni. tentang pemberian susu botol tu saya awal2 lagi dah ditanya, macammana nanti kalau dah kerja? nak bagi susu tin? Saya beritahu saya akan bagi susu ibu, saya perah utk dia. saya cadangkan puan gunakan ayat quran yang menegaskan tanggungjawab ibu utk menyusukan anak hingga 2 tahun sebgai pertahanan kalau di insist supaya di beri susu tin. katakan kita rasa bertanggungjwb selagi mampu utk susukan anak. sedangkan nabi pun dicarikan ibu susu. kalau boleh mintak kerjasama nurse yang dtg melawat utl pujuk dan ceritakan kebaikan susu ibu.

satu lagi, educate husband kita tentang susu ibu. ceritakan semua perkara yg dia perlu tahu utk defend kita nanti kalau2 berlaku clash of idea. maklumlah kalau mertua (ibu dia) biasanya kalau anak bercakap mungkin boleh terima idea dia tu.

bacalah dan tambahlah ilmu ttg penyusuan susu ibu. terutama nanti kalau anak jaundice. mcm2 kita akan dengar cadangan. jangan ikut kesemua, tapi pandai2 lah pilih dan timbang berdasarkan ilmu yg kita tahu dan juga nasihat2 pakar.

saya doakan puan selamat dan juga mampu utk menyusukan baby puan secara eksklusif. selalu2lah join susuibu.com. banyak perkara puan boleh belajar. Wish U Luck

Posted on: 2005/7/13 11:47
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#4
Rakan Arif
Info
Terima kasih atas tips-tips yang diberikan oleh mama dan 'anonymous'-sapa yek?. Diharap saya berjaya menyempurnakan hasrat untuk menyusu baby secara ekslusif nanti. Alhamdulillah suami memang menyokong penuh akan hasrat tersebut. Ada juga saya memberikan beberapa senarai website tentang penyusuan badan ni kepadanya utk dilawati bila kelapangan. Saya juga sedang bertanya dengan rakan-rakan tentang senarai sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa pantang utk mengelakkan rasa sejuk.Cuma yang saya tahu sayuran yang tumbuh tergantung mcm timun, terung,kacang panjang dll yang dikatakan sejuk. Kalau ada yang berpengalaman mengambil sayuran tertentu dan tidak mendatangkan mudarat, harap bolehla berkongsi cerita.Nanti bolehla pelbagaikan jenis sayuran yg boleh dimakan semasa berpantang kelak.

Posted on: 2005/7/13 14:37
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#5
Rakan Karib
Info
Assalamualaikum,

Apa khabar rakan-rakan semua, diharapkan sentiasa ceria selalu. Bercerita mengenai masa berpantang nie, saya berpantang di rumah emak saya sendiri. Memang seronok la sebab emak menjaga segalanya dari makan, mandi, berpilis..berparam.....malah tidur bersama di waktu malam sama-sama menjaga baby saya sebab hubby balik KL, kerja.. Anak yang pertama pun macam tu jugak....

Selalunya menu saya simple jer.....mak masak sayur sawi samada goreng, tumis air kadang-kadang buat sup sayur....tur pun dah ok makan dengan ikan goreng..ikan bakar...ikan masak halia...ikan masak pindang....kadang-kadang makan ulam pengaga jer .......sedap..sayur kangkung mesti dijauhkan ...cepat jer dah rasa perut nie berangin....kerana kerap sangat makan sayur sawi...sampai adik yang bongsu dalam ting 2 komen .....tak der sayur lain ker nak makan......Entahlah rasa ok jer........tapi masa pregnant memang tak lalu nak makan sawi.....tengok jer dah rasa semacam.

Harap alin kuatkan semangat dan tanamkan niat walau apapun yang terjadi akan tetap menyusukan anak dan setiap hari berdoa moga Allah perbanyakkan susu badan dan melancarkan pengalirannya.....Itulah yang saya buat setiap hari...Alhamdulillah anak saya dah nak masuk 7 bulan dah masih full menyusu badan......dah harap berkekalan sampai 2 tahun...

Skang nie dah start nak mengigit.....rakan-rakan yang ada pengalaman bolehlah kongsi...macamana nak handle situasi nie...
Quote:

alin276 wrote:
Terima kasih atas tips-tips yang diberikan oleh mama dan 'anonymous'-sapa yek?. Diharap saya berjaya menyempurnakan hasrat untuk menyusu baby secara ekslusif nanti. Alhamdulillah suami memang menyokong penuh akan hasrat tersebut. Ada juga saya memberikan beberapa senarai website tentang penyusuan badan ni kepadanya utk dilawati bila kelapangan. Saya juga sedang bertanya dengan rakan-rakan tentang senarai sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa pantang utk mengelakkan rasa sejuk.Cuma yang saya tahu sayuran yang tumbuh tergantung mcm timun, terung,kacang panjang dll yang dikatakan sejuk. Kalau ada yang berpengalaman mengambil sayuran tertentu dan tidak mendatangkan mudarat, harap bolehla berkongsi cerita.Nanti bolehla pelbagaikan jenis sayuran yg boleh dimakan semasa berpantang kelak.

Posted on: 2005/7/14 9:05
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#6
Webmaster
Info
Waalaikumussalam,

Alhamdulillah Pn Harliza dah berjaya menyusukan baby sehingga berumur 7 bulan. Saya doakan semoga puan juga berjaya menyusukan sehingga bayi meningkat umur 2 tahun.

Mengenai masalah bayi mula menggigit terdapat pelbagai sebab mengapa bayi suka menggigit puting ibunya:

1. Terdapat sesetengah bayi yang menggigit apabila dia telah terlena semasa penyusuan dan apabila tersentak atau terkejut secara tiba-tiba dia akan menggigit puting ibunya. Ini berlaku tanpa dia sendiri menyedarinya dan adalah tindakan refleks bayi kerana takut kehilangan puting ibunya. Jika ini yang berlaku, apabila bayi telah mula lena, segeralah lepaskan puting dari mulutnya dan biarkan dia lena sendiri tanpa puting ibu di dalam mulutnya. (saya sendiri sering mengalami keadaan sebegini, kerana sering tertidur semasa menyusu sampai tak sedar bayi telah lena). Jika bayi sedang menggigit, lepaskan perlahan-lahan gigitan itu dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi secara perlahan-lahan untuk memisahkan gigi dan puting.

2. Terdapat juga bayi yang menggigit kerana berasa gatal gusi dan ingin menghilangkan rasa gatal ini dengan menggigit sebarang objek termasuk puting ibunya. Biasanya dia akan mula menggigit pada awal penyusuan. Terdapat petua iaitu dengan membawa bayi lebih dekat kepada ibu seperti menyusukan bayi baru lahir boleh menyelesaikan masalah menggigit. Tetapi jika tidak berkesan, cuba pisahkan puting dari mulut bayi seperti teknik di atas sambil membisikkan kepada bayi yang perbuatannya boleh menyakitkan ibu. InsyaAllah, walaupun bayi masih kecil, dia boleh memahaminya. Ini juga akan melatih ibu dan anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

3. Kadangkala bayi menggigit kerana merasakan pengeluaran susu lebih sedikit dari biasa dan dia merasa tidak puas. Jika ini berlaku, periksa rutin ibu. Pengeluaran susu yang sedikit boleh terjadi atas banyak faktor. Antaranya, ibu mula menggunakan pil perancang, bayi mula menghisap lebih banyak botol dari ibunya sendiri, atau ibu telah mengandung semula. Pastikan sebabnya dan cuba atasi satu persatu.

Pada hakikatnya, setiap perkembangan bayi ini, akan menyebabkan kita cuba mengenali sikap bayi itu. Setiap bayi adalah unik dan apa yang diceritakan diatas adalah sebahagian dari pengalaman ibu-ibu yang telah sudah. Mungkin bayi anda berbeza dan cuba kenali sifat bayi anda dan cuba atasinya dengan penuh kasih sayang.

Wallahua'lam

Posted on: 2005/7/14 10:38
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#7
Anonymous-Anonymous
salam...
ttg sayur2an semasa pantang, kalau boleh pelbagaikanlah. tak semestinya sawi, saudari boleh cuba ulam-ulaman. Tapi elakkanlah sayur2an sejuk, kalau nak makan sedikit sekadar utk melihat tindakbalas, saya rasa ok ja. sbbnya semasa saya pantang dirumah mertua (dia org T'ganu), semua dia bagi makan, termasuklah ikan2 bisa dan sayu2 sejuk, tapi bukan banyak, cuma secubit dua supaya katanya, kalau dia dah tak ada nanti, kalau tersilap makan, sekurang2nya tak le tumpah darah. mertua bagi makan segala bagai, tapi adakalanya saya elakkan juga tanpa pengetahuan dia sbb tahu makanan akan memberi mudarat sebaik saja diambil khususnya ibu yg dalam pantang. apakata selain sawi, saudari cuba carrot ke, brokoli ke, bayam pun bagus utk tambah darah yg hilang, cuma saudari jgn terlalu kerap mengambil bayam, cubalah pelbagaikan resepi. Satu majalah kalau tak silap RAPI atau NONA rasanya pernah siarkan ttg resepi utk ibu2 yg berpantang. cubalah cari. Selamat berpantang dan menimang cahayamata. Bersedialah utk melayan karenah simanja anda.

-ummidamia-

Posted on: 2005/7/14 10:51
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#8
Anonymous-Anonymous
nasihat saya kepada puan supaya jangan mengambil rempah ratus/jamu/akar kayu ketika baby blm berusia sebulan. Saya bercakap melalui pengalaman saya. Saya baru bersalin 4 bulan lepas anak sulung. Dek kerana kurang arif tentang penyusuan ibu, saya menurut kata ibu saya yang begitu strict bab pantang larang. saya cuma minum akar kayu satu hari dan saya makan lada hitam bersama nasik n lauk2 lain. akhirnya anak saya kena jaundis yg sudah tinggi bacaan hb nya - 22!!!! doc di hospital kerajaan di daerah kampung saya dah putuskan yg anak saya perlu menjalani proses poenukaran darah. saya dan suami nekad membawa anak saya keluar dr hospital dan bawa balik ke KL dan menghantar ke hospital swasta. Alhamdulillah semuanya selamat. Doc memberitahu saya puncanya ada laa kerana saya makan menda panas dan menasihatkan saya utk tidak mengambil sebarang jamu/akar kayu/rempah sehingga sekurang2 umur anak sebulan kerana saya menyusukan anak secara ekslusif.

saya faham bukan senang untuk menolak suruhan ibu/mertua.. tp pikirkan laa demi anak.. cubalaa slow talk dgn mereka.. saya tahu mmg susah kerana saya juga pernah mengalaminya..

selamat berjaya...

Posted on: 2005/7/19 12:09
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#9
Kenalan Baru
Info
saya pun baru melahirkan anak pertama..27 hari lepas..dalam bab pantang ni, emak sendiri yg menjaga. emak saya bukan jenis strict bab2 makanan. tp awal2 berpantang, memang makan sayur msk air..sayur tu pelbagailah,cthnya carot..kacang panjang, kentang..saya kat uk, nak cari sawi atau pegaga tu agak susah..saya berpantang ayam dan telur..hari2 makan ikan. kdg2 ikan tu digoreng/digrill/dikicapkan.time takde ikan besar, emak akan tumbuk ikan bilis dengan kunyit.

nak tanya kwn2, mengenai sayur2 ni. sayur apa ye yg sesuai dimakan masa pantang? selain carrot/bayam? especially untuk banyakkan susu? dan cara memasak yg sesuai camana?


Posted on: 2005/8/23 19:05
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Adakah pemakanan semasa berpantang pengaruhi pengeluaran susu ?
#10
Webmaster
Info
Semasa saya dalam pantang, saya masih mengambil ayam. Mak saya akan memasak sup atau memanggang ayam. Alhamdulillah tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Mengenai sayur pula, saya amalkan memakan sayur kucai, masak air dengan ikan bilis. Cukup mujarab untuk saya menambahkan susu.

Posted on: 2005/8/24 9:27
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image