Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
34 user(s) are online (21 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 34

more...

Members Baru
mlyuki 2014/4/18
TSteinmet 2014/4/17
HNoyes 2014/4/17
HCaple 2014/4/16
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users






Anonymous
Alahan kepada susu lembu
#1
Anonymous-Anonymous
Assalamualaikum,

Saya pernah mengutarakan masalah didlm forum berkenaan anak saya keliru puting.

kini saya ada satu masalah lagi. Saya terbaca didlm keratan akhbar lama dahulu antara tanda2 bayi alahan kepada susu ibu ada antaranya ruam dimuka dan baby menangis di mlm hari. saya bimbang anak saya mengalami masalah ini.
untuk pengetahuan semua, sya terpaksa mencampurkan susu formula kerana tidak mampu menyediakan susu perahan secukupnya untuk anak saya siang dan malam kerana masalah keliru puting.

doktor menasihatkan saya untuk memerah lebih byk utk bayi saya. saya kini mencuba sedaya upaya untuk memperbanyakkan bekalan susu perahan dan mencuri masa di ofis untuk memerah susu. soalan saya, sementara saya blm dpt menyediakan secukupnya susu perahan untuk anak saya, bolehkah saya menggantikan susu lembu kepada soy-based infant formula? apakah bezanya diantara susu lembu dan susu berasaskan soya?

terima kasih.


Posted on: 2005/7/25 12:05
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Alahan kepada susu lembu
#2
Webmaster
Info
Puan,
Ruam di muka bayi boleh terjadi kepada mana-mana bayi dan ianya menunjukkan gejala alahan. Walau bagaimanapun, perlu dipastikan apakah puncanya.

Jika bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula, kemungkinan bayi mengalami alahan dengan susu formula yang diambil. Keadaan ini biasanya benar kerana kebanyakan bayi akan alah kepada susu berasaskan protin lembu (pada peringkat umur yang masih muda). Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.

Sekiranya bayi hanya minum susu ibu, dan masih mendapat ruam di pipi, ini biasanya disebut sebagai 'kurap susu'. Keadaan ini, biasanya terjadi apabila bayi minum susu sampai meleleh ke pipi dan tidak dibersihkan dengan cepat. Seperti yang kita tahu susu ibu juga adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama akan berlaku tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak di bahagian yang tidak dibersihkan. Oleh itu, untuk mengatasinya, bersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

Tentang kenyataan bayi yang menangis di malam hari akibat alahan terhadap susu ibu, pada pendapat saya, ianya tidak mempunyai alasan yang kukuh dan agak sukar untuk dipercayai. Sepanjang pengalaman saya dan pengalaman ibu-ibu lain yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, biasanya bayi akan menyusu banyak di malam hari dan selalunya, amat mudah untuk menyusukan bayi di malam hari kerana ibu tidak perlu bangun dari tempat tidur dan bayi boleh terus disusukan segera. Ini dapat mengelakkan bayi dari meraung di tengah malam semata-mata untuk mendapatkan perhatian yang dia perlukan susu.

Saya berharap puan akan dapat mengikut nasihat doktor yang meminta puan menambahkan bekalan susu. Saya doakan agar puan dikurniakan ketabahan dan kecekalan untuk meneruskan penyusuan.


Posted on: 2005/7/25 14:32
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Alahan kepada susu lembu
#3
Anonymous-Anonymous
minta maaf. "Saya terbaca didlm keratan akhbar lama dahulu antara tanda2 bayi alahan kepada susu ibu ada antaranya ruam dimuka dan baby menangis di mlm hari." typo error.. bukan alahan kepada susu ibu tetapi alahan kepada susu formula.

menurut kata doktor juga bayi saya kemungkinan alahan kepada susu formula. sebelum ini saya memberinya susu ibu secara eklusif sehinggalah dia mengalami nipple confusion dan tidak mahu menyusu dr saya. saya tidak mampu menyediakan susu perahan secukupnya untuk siang dan mlm menyebabkan saya terpaksa memberi susu formula juga.

ruam di pipi bayi saya bukan spt ruam biasa. sebaliknya lebih berbentuk kepada bintik2 merah yg hilang selepas satu atau 2 hari.
saya sudah memberinya susu soya semalam. sambil2 itu saya lebih kerap memerah dgn harapan dpt membanyakkan bekalan susu untuknya. cuma saya was was dgn susu soya. adakah ia selamat untuk bayi. saya juga agak curious kenapa susu soya tidak sepopular susu formula dr lembu sedangkan rasanya susu dr tumbuhan2 lebih baik dari susu haiwan.


terima kasih atas pandangan n nasihat mama.




Posted on: 2005/7/25 15:07
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Alahan kepada susu lembu
#4
Anonymous-Anonymous
Puan,

Anak saya mengalami masalah ruam yg berulang-ulang sejak berusia 2 bulan (sekarang 14 bulan) kebanyakkan pd bhg muka atau tangan dan belakang badan.

Untuk pengetahuan semua,, anak saya menyusu secara exclucive (tanpa susu formula atau air) selama 6 bulan dan 2 bulan lagi (susu ibu + makanan)... mungkin puan2 pernah tebaca bahawa susu ibu mengurangan risiko allergi tetapi anak saya termasuk dalam kategori sebaliknya.

Masalah eczema anak saya telah disahkan melalui ujian doktor.. anak saya ni allergic kpd beberapa makanan, satu diantaranya adalah susu lembu. Doktor menyokong usaha saya utk menyusu tetapi meminta saya berhenti mengambil makanan2 yg allergic kpd anak saya.

Sekarang saya telah berhenti menyusu sepenuhnya (atas sbb2 lain) dan anak saya bertukar kpd soya-based formula... saya kurang pasti dgn pertanyaan puan sama ada susu tersebut selamat atau tidak. generally susu tersebut selamat digunakan... saya pernah terbaca di internet mengenai terdapat beberapa kekurangan susu soya berbanding susu lembu.. utk kepastian puan mungkin boleh merujuk doktor/dietician.



Posted on: 2005/8/18 14:15
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Alahan kepada susu lembu
#5
Rakan Karib
Info
Assalammualaikum,
Disini saya ingin berkongsi cerita berkenaan kurap susu. Anak saya sekarang sudah berusia 10bln.Malangnya atas kekurangan semangat, saya tidak menyusukan anak saya secara eksklusif.
Namun begitu anak saya turut mempunyai masal spt kurap susu.Kesan bintik2 merah terdapat setompok diwajahnya dr lepas pantang smp sekarang. Tapi sekarang dah agak mengecil.
Saya ada merujuk kpd doktor tentang hal ini, namun semuanya berkata yang bintik2 itu akan hilang sendiri.Malah ada doktor yg turut berkongsi cerita anak mereka juga alami masalah sama dan kurap susu beransur hilang setelah berusia setahun.
Sekarang saya hanya meletakkan krim muka yang diberi oleh doktor untuk mengurangkan kesan kurap susu tersebut. Kurap susu anak saya akan menjadi serius bila keadaan cuaca sangat panas.
Saya masih kurang pasti apa punca sebenarnya.Mungkin ada kaitan dgn susu formula?

Posted on: 2005/8/18 19:42
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Alahan kepada susu lembu
#6
Rakan Arif
Info
kurap susu terjadi apabila susu yg diminum bayi meleleh di mukanya dan tidak dibersihkan dgn segera...jadi susu berkerap di muka, lama2 jadi bintik2 merah yg kasar..boleh terjadi bila bayi minum susu ibu ataupun formula...

Posted on: 2005/8/19 2:28
_________________
Original ImageOriginal Image

Original Image

http://ezzuramd.blogspot.com
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Anonymous
Re: Alahan kepada susu lembu
#7
Anonymous-Anonymous
salam...
anak saya juga ekzema, tapi mild ekzema. sememangnya jika fully breasfed akan mengurangkan risiko allergi, tp kena tgk juga pada genetik. maybe anak puan ni dpt ekzema yg teruk sbb ada genetik atau keturunan yg ada masalah alahan, asma, resdung dan masalh kulit. jadi faktor2 ini juga antara sebb anak puan kena ekzema.
nampaknya kena la kawal makanan2 yg perlu dan tidak perlu anak puan makan.

Posted on: 2005/8/21 13:27
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Alahan kepada susu lembu
#8
Webmaster
Info
Salam kembali.
Saya setuju dengan pendapat puan Anonymous. Walaupun, anak masih menghadapi masalah ekzema akibat faktor keturunan, namun dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya, ianya insyaAllah boleh mengurangkan kesan allergy tersebut. Dalam pada itu, si ibu juga perlulah berwaspada dalam soal pemakanan bagi kes sebegini. Tidak rugi rasanya jika ibu turut mengelakkan makanan yang boleh memudaratkan si anak yang sedang menyusu. Ini kerana, setelah si anak mendapat sepenuhnya khasiat susu ibu, lambat laun ketahanan badannya akan terbentuk. Paling tidak dia mungkin akan dapat mengurangkan risiko allergy dalam kehidupannya yang mendatang.
Wallahua'lam

Posted on: 2005/8/22 20:27
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Alahan kepada susu lembu
#9
Webmaster
Info
Saya terjumpa artikel menarik ini semasa menyediakan bahan untuk perjumpaan hujung minggu ini.

BestTreatments :: Conditions :: Eczema :: Watching what you eat while breastfeeding:

Sedikit sebanyak, di dalam artikel ini menyebut kajian yang pernah dibuat bagaimana penjagaan diet ibu (mengelakkan makanan yang dikhuatiri boleh menimbulkan kesan alahan) boleh membantu mengurangkan risiko alahan pada bayi.

Posted on: 2005/8/23 11:01
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Alahan kepada susu lembu
#10
Rakan Karib
Info
up

Posted on: 2009/7/7 18:20
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati







You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image