Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Carian

Siapa di Sini
27 user(s) are online (18 user(s) are browsing Forum)

Members: 0
Guests: 27

more...

Members Baru
tikarasha 2014/4/16
Snowball99 2014/4/16
S9069 2014/4/15
JOgle 2014/4/14
CLipscomb 2014/4/14
ummiteeya 2014/4/14
DAckman 2014/4/13
CParamor 2014/4/13
AWalker 2014/4/12
T7731 2014/4/11


 
   
 
Loading
 
 
 
 


Browsing this Thread:   1 Anonymous Users




(1) 2 3 4 5 »


Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#1
Rakan Istimewa
Info
SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.

Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.

Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.

Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.

Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.

Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.

Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.

Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.

Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.

Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.

Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.

Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.

Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.

Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.

DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia

Untuk dikongsi bersama.

Artikel ini saya dapat daripada BERITA HARIAN, 24 Jun 2009.

Posted on: 2009/6/24 10:05
_________________
Kesihatan Kecantikan Komuniti
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#2
Kenalan Baru
Info
salam semua...
niza pun nk share crta pasal susu soya ni...
anak buah niza alergi sgt2 budaknye...sejak kuar dr perut..n ada doc soh guna susu soya...my sis plak pas bersalin tiba2 dapat 1 penyakit ganjil..tiba2 dlm hempedu dia ada batu..ms pantang kesian sgt coz asyik bentan...kat bawah kne jait 2x...susu dada pun x produktif..kesian die..pas 2 abis pantang jer kne operated buang batu 2.ank die antr ke umh mk mntua die jg..coz dkt dgn umh die.sejak ank die minum susu soya 2 keadaan alergi die mmg nmpk ada perubahan...kl x dulu kulit mcm terbakar jer.pas 2 ble ank die dh mula tumbuh gigi nmpk mcm ada x kne...ble ank dh besar gigi pun dh bnyk...gigi mmg tumbuh x teratur,bdn plak naik mendadak.die pun rujuk kat pead.upanyer bru lh die tau yg susu soya ni x de kalsium..bnyk paed x kn syorkan guna susu soya.tp ntah cmner lh doc yg 2 leh soh guna susu soya.my ank buah minum susu soya 2 pai umur 2thn.cian ank dara 2...dah lh pmpuan gig plak x cantik. http://www.susuibu.com/uploads/smil3dbd4d75edb5e.gif" alt="" /> .
so,pada mn2 mama yg nk bg ank susu soya 2,saya rasa baik x payah..efectnyer kesian kt ank 2...tulang x kuat,gigi x cantik....
haru,haru di buatnyer.......

Posted on: 2009/6/24 10:21
_________________
Original Image <a href="http://lilypie.com/"><img src="http://lilypie.com/pic/2009/06/24/Xtts.jpg" width="96" height="80" border="0" alt="Lilypie - Personal picture" /><img src="h...
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#3
Rakan Istimewa
Info
Thanks Honeyza sbb share pengalaman tu sebab saya kunun-kunun nak bagi anak saya susu soya lepas dia 2 tahun nanti, ingat susu soya lagi bagus rupanya tidak. Ramai rakan-rakan saya prefer amek susu soya dari susu lembu tapi sebenarnya tanggapan ni salah....SUSU IBU adalah yang terbaik!! Kesian anak saudara ku...ada enzema tapi minum susu lembu mahal padahal emaknya tak bekerja pun.....

Posted on: 2009/6/24 10:54
_________________
Kesihatan Kecantikan Komuniti
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#4
Kenalan Baru
Info
sama2...
leh tau x ank sedara mamaAnA minum susu apa yer???

Posted on: 2009/6/24 11:06
_________________
Original Image <a href="http://lilypie.com/"><img src="http://lilypie.com/pic/2009/06/24/Xtts.jpg" width="96" height="80" border="0" alt="Lilypie - Personal picture" /><img src="h...
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#5
Rakan Setia
Info
erkkk.... ku terkedu

Posted on: 2009/6/24 11:10
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#6
Rakan Karib
Info
salam mamaAnA...
tankiu 4 sharing d info...i leh pas to my fren yg eager bg anak die mnum susu soya...

Posted on: 2009/6/24 11:11
_________________
Original ImageOriginal Image
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#7
Rakan Rujuk
Info
very good info u have there!!
thanks so much mamaAnA

Posted on: 2009/6/24 11:14
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#8
Rakan Rujuk
Info
thanks to mamaAna..


Posted on: 2009/6/24 11:21
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#9
Rakan Rujuk
Info
Feeding Choice for infants

The WHO and UNICEF recommend the following feeding choices for infants, in order of preference:

1. breastmilk directly from mother's breast
2. expressed breastmilk from the infant's mother
3. donor breastmilk
4. appropriate breastmilk substitute

UNICEF, accessed Oct, 2005

below are my personal notes ::

***3. donor breastmilk (ibu susuan : directly atau by EBM )

***4. appropriate breastmilk substitute ::

1.goat's milk ( but this is uncommon among malaysian.protein in goat's milk are easier to digest and absorbed by human body)

2.cow's milk

3.soy milk

just my 2 cents

Posted on: 2009/6/24 11:24
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati


Re: Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
#10
Rakan Istimewa
Info
Honeyza, anak saudara saya skrg dah nak masuk 3thn bulan 10 ni memang disahkan ada enzema+asma dan dia minum susu Anmum tapi bayangkanlah susu tu mahal. Adik saya tak bekerja dan suaminya hanya kelindan lori tapi sanggup belikan susu mahal sedangkan dia jenis banyak susu juga(kurang pengetahuan juga). Dia ada 4 orang anak dan anak yang first dulu memang reject susu formula hanya mahukan susu badan tapi disebabkan adik saya ni kahwin di usia yang terlalu muda(17tahun) akhirnya anak saudara saya cuma minum air masak, ribena dan akhirnya membawa kepada kerosakan gigi yang teruk (skrg umur dia dah 8thn). Tapi nak buat mcmana disebabkan kami ni semua jahil pasa kebaikan SUSUIBU (akhirnya saya dapat HIDAYAH dalam keluarga ni), saya tak mahu mengulangi kesilapan2 yang pernah dibuat di dalam keluarga saya. Sorry terpanjang lebor pulak....

Jajaplug....awat hang terkedu??

Posted on: 2009/6/24 11:26
_________________
Kesihatan Kecantikan Komuniti
Create PDF from Post Print Facebook Twitter Google Buzz Linkedin Stumbleupon FriendFeed Del.icio.us Digg Reddit Technorati




(1) 2 3 4 5 »



You can view topic.
You cannot start a new topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.
You cannot use topic type.
You cannot use HTML syntax.
You cannot use signature.

[Advanced Search]


 
 


Diselenggara oleh
Original Image
Pusat Sokongan Penyusuan Ibu

MBfPC
Original Image

Original Image

Online Shopping
Original Image
Online Shopping!!Visit us today!

Hebatnya Susu Ibu!
Original Image

ALIM Kids Playgroup
Original Image