Belum Menjadi Ahli?
 
Menu Utama

Carian

Advanced Search

Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!


 
   
 
Loading
 
 
 
 
Berita : Hari Raya Bersama SusuIbu.com
Posted by mama on 2009/10/12 11:01:39 (1213 reads)


Alhamdulillah, pada 11 Oktober, 2009 yang lalu, Hari Raya Bersama SusuIbu.com selamat dianjurkan oleh Nurturing Concepts Sdn Bhd di Cafe Chelos, Bandar Baru Bangi. Sebanyak 30 keluarga telah hadir di dalam majlis yang meriah pada hari itu.


Majlis telah diserikan oleh wakil dari Malaysian Baby Wearers, http://www.malaysianbabywearers.org/ iaitu Puan Shada dan Puan Azizah, menunjuk cara kaedah yang betul menggunakan Baby Pouch, Sling, Mei Tai dan Wrap. Tunjuk ajar yang diberikan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Puan Shada dengan gaya Oshin menggendong anak di belakang

Puan Azizah menggayakan penggunaan Wrap


Antara yang hadir

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Promosi Nurturing Concepts dan Pa&Ma pada bulan September yang lalu. Tempat pertama telah dimenangi oleh Puan Azlizawati bt Ibrahim dari Gombak.


Tempat pertama...

Tempat kedua pula jatuh kepada Puan Fatma Ayisha Mohd Amin dari Dungun, Trengganu.

Tempat Kedua..

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Puan Noor Salinda Salim.

Tempat ketiga...


Pemenang saguhati
Seramai 12 orang pemenang saguhati juga telah terpilih, namun hanya 2 orang sahaja yang hadir semasa majlis penyampaian hadiah tersebut iaitu Puan Nur Farah Abdul Aziz dan Puan Nurul Hafiza Hanapiah.


Pemenang saguhati

Bagi pihak Nurturing Concepts Sdn Bhd, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang diberikan untuk peraduan yang telah diadakan. Sebanyak lebih dari 300 penyertaan yang telah diterima dan pembacaan artikel yang disiarkan untuk peraduan tersebit telah dibaca sebanyak lebih 1500 kali di SusuIbu.com. Kami berharap dengan kaedah ini, lebih ramai pembaca yang memperolehi maklumat berkaitan penyusuan susu ibu disamping berlumba-lumba menyertai peraduan yang dijalankan.

Lagi hadirin..

Sebagai pihak penganjur, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir atas pelbagai sumbangan yang diberikan dalam bentuk pot luck,wang tunai mahupun dalam bentuk sokongan untuk menjayakan majlis pada hari tersebut. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dari majlis tersebut. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir, InsyaAllah kita berjumpa lagi di dalam majlis-majlis lain di masa akan datang. Salam AidilFitri!


Suasana meriah sampai ke bahagian luar... :)

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Poster Thread
akmaalias
Posted: 2009/10/12 11:31  Updated: 2009/10/12 11:32
Rakan Istimewa
Joined: 2008/10/15
From: Batu Caves, Selangor
Posts: 1839
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
ruginya tak dpt join


tahniah pd pemenang

Poster Thread
yanti3
Posted: 2009/10/13 9:16  Updated: 2009/10/13 9:16
Rakan Setia
Joined: 2007/3/24
From:
Posts: 359
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
Best le Akma ,walaupun ku dtg lambat tapi tetap dapat tempat dan memeriahkan majlis....(patutlah ku cari mu tak de rupa2nya mu tak dtg)

Poster Thread
chetyant
Posted: 2009/10/13 16:56  Updated: 2009/10/13 16:56
Rakan Arif
Joined: 2007/11/4
From: penang
Posts: 444
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
best best..semoga program ini berterusan pada masa akan datang..

Poster Thread
mardziah
Posted: 2009/10/14 12:39  Updated: 2009/10/14 12:39
Kenalan Baru
Joined: 2006/7/30
From:
Posts: 62
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
salam perkenalan untuk semua. walaupun tak sempat borak panjang dengan warga susuibu.com, saya teruja sangat majlis macam ni.
http://mardziah.blogspot.com/2009/10/hari-raya-bersama-susuibucom.html

Poster Thread
amyatie
Posted: 2009/10/29 17:17  Updated: 2009/10/29 17:17
Rakan Rujuk
Joined: 2008/8/6
From: Sunway
Posts: 1099
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
memang seronok bangat juadah pun sedap2 belaka.....layannnn

Poster Thread
cikgu_anna
Posted: 2010/1/29 0:27  Updated: 2010/1/29 0:27
Kenalan Baru
Joined: 2009/3/9
From: TUDM Subang
Posts: 2
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
wow! mcm best jer join sini.mcm2 aktiviti.
i like!
so pasnih bley tukar info kat sini plak.
sila beri tunjuk ajar yer kakak2!

Poster Thread
cikgu_anna
Posted: 2010/1/29 0:51  Updated: 2010/1/29 0:51
Kenalan Baru
Joined: 2009/3/9
From: TUDM Subang
Posts: 2
 Re: Hari Raya Bersama SusuIbu.com
i'm excited to join coz i'm just posting here,TUDM Subang.sblm nih kat kuantan..tu yg slow sikit!
 
 


Online Shopping

Online Shopping!!Visit us today!

Kata-Kata Aluan

Kata Aluan
Uploaded by susuibu

SusuIbu.Com - Lactation Support Center

Siapa di Sini
30 user(s) are online (10 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 30

more...

Members Baru
aar0n 2010/9/3
zura2961 2010/9/2
mistarabas 2010/9/2
lotuz 2010/9/2
ismee 2010/9/2
ainulnaim 2010/9/2
maziha7147 2010/9/2
harikasy 2010/9/2
ain_aa 2010/9/2
farisirfan 2010/9/2